Catatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Selamat tahun baru 2018.  Tahun 2017 telah pun kita tinggalkan.  Jika kita mampu mendaki gunung setinggi manapun, mahu pun jika kita berjaya menaiki bangunan setinggi mana pun, malah jika kita punyai roket yang terbang setinggi langit pun, apabila kita menoleh ke belakang untuk melihat tahun “semalam” tahun 2017, pasti tidak akan kelihatan.  Tahun semalam telah terlalu jauh kita tinggalkan. Untuk itu jadikan 2017 sebagai satu sejarah yang akan menjadi teladan dan sempadan bagi mengharungi 2018.  Mari kita buka lembaran baru untuk 2018.  Ayuh rakan-rakan guru, mari kita hadapi 2018 dengan satu semangat dan tekad untuk berbakti pada nusa dan bangsa. 

Salam Kemerdekaan ke 57

Guru-guru serta anak-anak sekelian Malaysia….Disini Lahirnya Sebuah Cinta Itulah tema sambutan kemerdekaan negara kita pada tahun ini.   Ada sebuah lagu nyanyian Arwah Dato Sudirman Hj Arshad yang bermula dengan lirik seperti tema kemerdekaan di atas. Lirik lagu tersebut mempunyai sambungan ….Yang Murni Abadi Sejati.   Disinilah kita dilahirkan.   Saya dilahirkan di sini.   Semua guru lahir di sini.   Semua kita lahir di sini.   Inilah tempat tumpahnya darah kita.   Sebagai tempat kita dilahirkan sudah sepatutnya kita semua merasa sayang dan cinta kepada tanah air kita ini. Apakah makna patriotisme?   Patriotisme adalah perkataan Inggeris.   Perkataan asalnya adalah patriot.   Jika kita semak kamus, apa jua kamus maka kita akan maklum bahawa makna patriot adalah orang yang mempertahankan kebebasan atau orang yang mempertahankan hak tanahair.   Patriot juga bermakna orang yang menjadi pembela tanah air.  Patriotik bermakna ada rasa di dalam hati, di dalam jiwa untuk mempertah

Pengajaran Guru Mesti Menarik

Semua murid memerlukan pengajaran yang mampu menarik minat mereka untuk belajar.  Pengajaran yang menarik dari seorang guru akan menyebabkan mereka akan fokus untuk belajar.  Pengajaran yang menarik akan menjadikan minda mereka terangsang untuk belajar.  Pengajaran yang menarik akan lebih menyeronokkan.  Seorang guru mesti berfungsi sebagaimana seorang tukang kebun (gardener) menguruskan kebunnya dan bukannya seperti mana seorang peladang (farmer) menguruskan ladangnya.   Seorang tukang kebun mempunyai banyak jenis tanaman dalm kebunyya dimana setiap tanaman mempunyai baja tersendiri, mempunyai musuhnya tersendiri, kuantiti air yang diperlukan berbeza, jenis baja dan kuantiti baja yang tidak sama, kadar pembesaran mereka juga berbeza malahan tempoh tuaiannya juga berbeza. Ini bermakna setiap tanaman dalam kebun itu mempunyai cara berbeza untuk dijaga dan dibesarkan. Tidak seperti peladang yang menjaga ladang dimana seorang peladang akan menanam satu jenis tanaman sahaja dan semua tan

Konsep Diri

If you teach the children today like yesterday, you are robbing the children's tomorrow. Jadi sejajar dengan itu,  pada tahun ini, kita perlu beranjak daripada garis kebiasaan yang telah kita laksanakan sebelum ini. Kita mesti berubah  dari tugas rutin kita iaitu masuk kelas, mengajar dan keluar. Kemudian melaksanakan pemeriksaan buku latihan dan ujian, masukkan markah dan selesai. Pelajar kita ini lain sedikit dpd pelajar sekolah lain. Feeder school kita dari SJKC dan SJKT. Penguasaan bahasa agak kurang, baik BM, mahupun BI termasuk juga BC dab BT. Semua ini ditambah lagi dengan konsep diri pelajar kita yang agak lemah. Kita berpendapat, jika konsep diri pelajar dapat ditingkatkan saya percaya keyakinan diri pelajar juga akan meningkat. Semua pakar pendidikan mengatakan bahawa konsep diri yang positif menghasilkan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri merupakan elemen penting bagi melahirkan individu berkesan. . Pakar pendidik percaya konsep diri dipengaruhi oleh maklum

Nasihat Untuk Pelajar

 Perkembangan sejarah sosiologi manusia yang berkaitan kawalan sosial  pada dasarnya terbahagi kepada dua;             1.    proses luaran , social control, disiplin luaran             2.    proses dalaman, self controll, disiplin dalaman Apabila disebut disiplin luaran, ia selalu dikaitkan dengan masalah salah laku, yang mengakibatkan berlakunya hukuman salahlaku. Kaedah ini lebih cenderung untuk memberi hukuman denda, rotan, gantung mahupun dibuang. Ini yang difahami dimana pembentukan disiplin adalah dengan cara atau kaedah kawalan luaran. Kefahaman kita adalah dengan melaksanakan hukuman, disiplin dapat ditingkatkan. Kefahaman ini sebenarnya kurang tepat dan mesti dibetulkan. Mengikut kaedah agama Islam, pembentukan insan yang baik, yang berdisiplin, mesti bermula dengan pembentukan jiwa, pembentukan hati. Pembentukan hati ini adalah suatu proses dalaman.  Ini adalah kaedah paling berkesan untuk membentuk seorang manusia, seorang insan. Disiplin dalaman mesti bermula

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Assalamualaikum wbt....selamat pagi, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. 2. Tn Hj Mohd Nazri, GPK 1, Tn Hj Shaharudin GPK HEM, En Mohd Syafiq Cheah, GPK  Ko kurikulum, semua ketua bidang, kaunselor-kaunselor, guru guru dan yang dikasihi para pelajar  sekelian.g 3. Pertama sekali marilah sama sama kita mengucapkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana         masih mengizinkan kita untuk melihat dunia, memberikan  kesihatan yang baik kepada kita supaya         dapat hadir ke sekolah dan berada dalam perhimpunan pada pagi ini.  4. Terima kasih kepada pelajar yang hadir ke sekolah. Kehadiran kamu ke sekolah      menunjukkan kamu mempunyai semangat untuk belajar dan semangat untuk memajukan diri  kamu         supaya dengan kemajuan yang kamu capai itu dapat kamu  gunakan membantu keluarga kamu suatu         hari nanti. Semangat macam ini sangat penting dalam diri setiap pelajar dan saya percaya ramai pelajar         SMK Bahau 2 mempunyai semangat unt
Nak baiki dunia, baiki dulu manusia nak baiki manusia, baiki  dulu hatinya naki baiki hati, baiki dulu solatnya InsyaALLAh akan berlaku perubahan SELAMAT HARI GURU