Konsep Diri


If you teach the children today like yesterday, you are robbing the children's tomorrow. Jadi sejajar dengan itu,  pada tahun ini, kita perlu beranjak daripada garis kebiasaan yang telah kita laksanakan sebelum ini. Kita mesti berubah  dari tugas rutin kita iaitu masuk kelas, mengajar dan keluar. Kemudian melaksanakan pemeriksaan buku latihan dan ujian, masukkan markah dan selesai. Pelajar kita ini lain sedikit dpd pelajar sekolah lain. Feeder school kita dari SJKC dan SJKT. Penguasaan bahasa agak kurang, baik BM, mahupun BI termasuk juga BC dab BT. Semua ini ditambah lagi dengan konsep diri pelajar kita yang agak lemah.

Kita berpendapat, jika konsep diri pelajar dapat ditingkatkan saya percaya keyakinan diri pelajar juga akan meningkat. Semua pakar pendidikan mengatakan bahawa konsep diri yang positif menghasilkan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri merupakan elemen penting bagi melahirkan individu berkesan. . Pakar pendidik percaya konsep diri dipengaruhi oleh maklum balas yang diterima sepanjang hidup seseorang itu. Maklumbalas yang diterima oleh seseorang itu akan membina atau meruntuhkan konsep diri seseorang. Kalau orang keliling kita selalu mengatakan kita ini pandai, lama2 kita mulai yakin bahawa kita seorang yang pandai. Begitu juga sebaliknya.  Untuk itu adalah sangat wajar bagi sesiapa juga dari kalangan guru untuk menggunakan perkataan yang membawa maksud negatif di hadapan pelajar.Perkataan-perkataan seperti malas, bodoh, degil sangat tidak patut diucapkan oleh guru-guru kerana ini akan tertanam dalam diri pelajar yang mana akhirnya akan menyebabkan konsep diri negatif terbina.  Betapa besarnya pengaruh dan maklumbalas dari sekeliling kita.

Ini adalah sebahagian tugas kita sebagai guru. Kita mesti memotivasikan pelajar2 kita supaya mereka ada motivasi untuk belajar. Jika mereka termotivasi untuk belajar tugas kita pasti menjadi mudah. Ini memerlukan pengorbanan tenaga dan masa tuan2 puan2. Biar kita gunakan 5 minit waktu mengajar kita untuk membentuk konsep diri pellajar kita, dan kemudian baki 35 minit lagi kita mengajar pelajar yang mempunyai konsep diri positif dpd terus gunakan 40 minit mengajar pelajar yang tidak tahu apa makna belajar. If you teach the children accordingly, they will perform.

Tahun ini  kohot pelajar pmr dan spm kita agak berbeza berbanding tahun 2012, tapi saya percaya dengan usaha semua guru kita masih mampu menggapai kecemerlangan. Sudah pasti ini menuntut pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Saya menyeru kita semua untuk bekerja lebih keras lagi demi mencari rezeki yang halal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nasihat Untuk Pelajar

Budaya Berprestasi Tinggi

Salam Kemerdekaan ke 57