Nasihat Untuk Pelajar


 Perkembangan sejarah sosiologi manusia yang berkaitan kawalan sosial  pada dasarnya terbahagi kepada dua;
            1.   proses luaran , social control, disiplin luaran
            2.   proses dalaman, self controll, disiplin dalaman

Apabila disebut disiplin luaran, ia selalu dikaitkan dengan masalah salah laku, yang mengakibatkan berlakunya hukuman salahlaku. Kaedah ini lebih cenderung untuk memberi hukuman denda, rotan, gantung mahupun dibuang. Ini yang difahami dimana pembentukan disiplin adalah dengan cara atau kaedah kawalan luaran. Kefahaman kita adalah dengan melaksanakan hukuman, disiplin dapat ditingkatkan. Kefahaman ini sebenarnya kurang tepat dan mesti dibetulkan.
Mengikut kaedah agama Islam, pembentukan insan yang baik, yang berdisiplin, mesti bermula dengan pembentukan jiwa, pembentukan hati. Pembentukan hati ini adalah suatu proses dalaman.  Ini adalah kaedah paling berkesan untuk membentuk seorang manusia, seorang insan. Disiplin dalaman mesti bermula dari jiwa insan yang penuh ketakwaan. Maka bermulalah perubahan dalam diri seseorang dan bermulalah pembentukan insan.

Untuk itu saya menyeru setiap pelajar SMK Bahau 2 supaya dapat membangun, membentuk dan membina sahsiah diri yang cemerlang dalam diri masing-masing. Mulakan pembentukan sahsiah diri dengan membetulkan niat. Niat terletak dalam hati, di dalam jiwa. Bagi yang bukan Islam, niat boleh diertikan sebagai sasaran, juga terletak di dalam hati. Tetapkan niat atau sasaran ke sekolah. Kenapa kita mesti bersekolah. Tetapkan niat kenapa mesti belajar. Letakkan niat atau sasaran kenapa kita mesti melakukan perubahan diri. Kita mesti berazam untuk membetulkan apa yang salah, untuk menambahkan apa yang kurang. Betulkan niat kenapa kita mesti membetulkan segala kesilapan kita. Inilah yang dinamakan disiplin diri, inilah yang dimaksudkan d3ngan internal process itu. Inilah makna kepada self controll itu. Jika kita ada self control tersebut pasti tiada external control, pasti segala hukuman, dendaan salah laku dapat dikurangkan.

Hari ini kita mengadakan majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sesi 2013. Pengawas pada dasarnya adalah sebagai badan penguatkuasa peraturan sekolah. Sebagai penguatkuasa peraturan, pengawas membantu pihak sekolah khususnya badan disiplin untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan. Pengawas perlu memantau agar tiada pelajar SMK Bahau 2 yang melanggar peraturan sekolah. Kita sangat berharap agar semua pelajar akur kepada undang-undang dan peraturan sekolah. Kita mahu suasana sekolah kondusif untuk pembelajaran dimana perkara salahlaku dan perlanggaran disiplin dapat dikurangkan malah dihapuskan. Apa sahaja perkara yang melibatkan perlanggaran disiplin akan menjadikan suasana sekolah tidak tenteram dan tidak aman. Ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang mana akhirnya akan merugikan para pelajar juga. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di sekolah ini, jadi untuk itu kita sangat berharap para pengawas yang baru dilantik hari ini akan bersama-sama pihak sekolah membantu mengekang gejala perlanggaran disiplin ini.
Namun begitu, sebagai pengawas ada perkara yang lebih penting lagi selain daripada sebagai badan penguatkuasa iaitu pengawas adalah pemimpin pelajar. Sebagai pemimpin, pengawas adalah ketua kepada orang yang dipimpin iaitu para pelajar lain. Dengan bahasa mudah pengawas adalah ketua kepada para pelajar. Jadi pengawas sebagai pemimpin pelajar bertanggung jawab kepada perkara-perkara berikut:
1.   Bertanggungjawab terhadap diri sendiri iaitu mesti berdisiplin, berakhlak mulia, maju dalam akademik, ko kurikulum, prihatin, mesra, berhemah tinggi, berkeyakinan serta sikap-sikap positif yang lain.
2.  Bertanggung jawab terhadap sekolah iaitu dengan membantu sekolah melaksanakan peraturan dan disiplin sekolah, menjaga nama baik sekolah, memelihara iklim sekolah, berasa bangga dengan sekolah.
3.  Bertanggung jawab terhadap guru iaitu dengan menganggap guru sebagai ibu dan bapa, menghormati guru, memberi maklumat dan maklum balas kepada guru tantang apa jua perlakuan pelanggaran disiplin oleh pelajar.
4.  Bertanggungjawab terhadap pelajar iaitu dengan mengambil berat tentang masalah pelajar lain, menjaga keselamatan serta keselesaan pelajar, brrinteraksi dengan baik dengan pelajar lain, dan yang paling utama adalah pengawas menjadi contoh dan role model kepada pelajar pelajar lain.

Untuk itu suka saya mengingatkan kepada para pengawas yang akan dilantik secara rasmi pada pagi ini supaya menunaikan tanggung jawab yang telah saya sebutkan tadi. Jadilah contoh teladan yang baik kepada para pelajar yang lain, jadilah role model kepada semua pelajar. Menjadi contoh dan role model itulah yang akan membantu pelajar membina proses dalaman, internal process,self control, disiplin dalaman yang saya sebutkan di awal ucapan saya tadi.  Itulah peranan pemimpin. Saya yakin dan percaya semua pengawas akan mampu melaksanakan tugas yang telah diamanahkan itu.

Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Budaya Berprestasi Tinggi

Salam Kemerdekaan ke 57