SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Assalamualaikum wbt....selamat pagi, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
2. Tn Hj Mohd Nazri, GPK 1, Tn Hj Shaharudin GPK HEM, En Mohd Syafiq Cheah, GPK
Ko kurikulum, semua ketua bidang, kaunselor-kaunselor, guru guru dan yang dikasihi para pelajar sekelian.g
3. Pertama sekali marilah sama sama kita mengucapkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana
masih mengizinkan kita untuk melihat dunia, memberikan kesihatan yang baik kepada kita supaya
dapat hadir ke sekolah dan berada dalam perhimpunan pada pagi ini.
4. Terima kasih kepada pelajar yang hadir ke sekolah. Kehadiran kamu ke sekolah
menunjukkan kamu mempunyai semangat untuk belajar dan semangat untuk memajukan diri kamu
supaya dengan kemajuan yang kamu capai itu dapat kamu gunakan membantu keluarga kamu suatu
hari nanti. Semangat macam ini sangat penting dalam diri setiap pelajar dan saya percaya ramai pelajar
SMK Bahau 2 mempunyai semangat untuk belajar bagi kemajuan diri sendiri.
Guru guru dan para pelajar
5. Hari ini dalam abad ke 21 ini tidak ada manusia pun dalam dunia ini yang berjaya tanpa ilmu
pengetahuan. Dalam zaman serba maju pada hari ini, pengetahuan adalah kuasa " knowledge is
power".
6. Zaman dahulu kekuatan adalah kekuasaan. Orang yang kuat, gagah adalah orang yang berkuasa.
Zaman dahulu, peperangan adalah secara " face to face". Zaman dahulu peperangan adalah
dengan cara angkat pedang. Siapa kuat dia menang. Kebijaksanaan bukan faktor utama pada
zaman itu untuk menang. Kaedah itu tidak boleh digunakan pada zaman ini.
7. Zaman sekarang peperangan hanya menggunakan sentuhan jari sahaja. Pengetahuan teknologi
manusia hari ini membolehkan peperangan bukan lagi secara face to face. 2 musuh boleh
berperang walaupun jarak masing masing beribu batu jauhnya. Pengetahuan membezakan antara
manusia yang maju dengan yang mundur, antara manusia yang bijak dengan yang jahil, antara manusia
yang pandai dengan yang bodoh. Begitulah senario dunia pada hari ini. Sebab itu orang yahudi yang hanya sedikit jumlahnya berjaya menguasai dunia ini. Apa jua bidang yang wujud di dunia ini,
ekonomi, sains, kewangan, perubatan, kejuruteraan, hampir semuanya terdapat kaum yahudi
yang menguasainya. Tidak hairanlah bagaimana orang yahudi berjaya mengawal negara seperti USA,
Rusia, Perancis dll. Mereka adalah bangsa yang menekankan kepentingan belajar dan menguasai
pengetahuan. Kita bukan hendak mengikut perangai ganas kaum zionis tersebut tetapi semangat
mengutamakan pelajaran mereka itu yang patut dicontohi.
8. Kita lihat pula bagaimana sikap orang jepun. Bangsa jepun berjaya bangun untuk memajukan diri
mereka hanya setelah 25 tahun selepas mereka kalah perang. Semasa kalah dalam peperangan kita
lihat negara jepun hancur akibat bom atom. Ratusan ribu rakyat jepun mati akibat 2 bom atom
tersebut dan bangsa jepun rasa terhina kerana kekalahan dalam perang. Tetapi 25 tahun kemudian
mereka bangun semula dan hari ini jepun adalah kuasa ekonomi dunia. Bangsa jepun adalah bangsa
yang sangat mementingkan kepada pelajaran. Semua rakyat jepun mengambil berat untuk belajar.
Bangsa jepun adalah bangsa yang kuat membaca untuk mendapatkan ilmu.
9. Bagaimana dengan bangsa Malaysia? Orang Malaysia tidak bolehkah menjadi sehebat mereka? Tidak
bolehkan orang Malaysia menjadi bangsa yang maju seperti mana bangsa bangsa lain yang maju?
10. Jawapannya BOLEH.......Kita bukannya bangsa yang lemah, kita bukannya bangsa yang bodoh .
Tidak ada orang yang bodoh dalam dunia ini. Setiap manusia dilahirkan dengan keupayaan dan
kebolehan masing masing yang tersendiri. Setiap manusia mempunyai keupayaan yang berlainan.
Sebab itu istilah OKU Orang Kurang Upaya ditukar kepada Orang Kelainan Upaya.
Para pelajar sekelian
11. Kehebatan orang Malaysia yang saya sebutkan tadi termasuklah kamu yang berada di SMK Bahau 2
ini. Sebab itulah pada setiap kali perhimpunan sering diingatkan kepada kamu semua pelajar agar
terus belajar belajar dan belajar. Sebab itu sering diingatkan kepada kamu supaya datang ke sekolah
dan datang ke sekolah itu hanya dengan tujun untuk belajar. Bukan untuk main main, bukan untuk
ponteng kelas, bukan untuk biadap terhadap guru, bukan untuk membuat kekotoran, membuang
sampah dsb.
Guru guru dan pelajar sekelian
12. Minggu hadapan pelajar T3 akan menduduki PMR, sebulan kemudin pelajar T5 akan menduduki
SPM. Antara itu pelajar T2 dan T4 akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Saya percaya ramai
antara kamu yng telah bersedia dengan baik, jadi usah risau. Bagi yang belum prepare 100% masih
ada masa lagi untuk bersedia. Masih belum lewat lagi. Sebab itu hdir kesekolah, jangan ponteng. Guru
guru akan membimbing kamu saat saat akhir ini. Persediaan di saat akhir ini juga sangat penting bagi
menghadapi pepriksaan.
13 . Ingat!!!!! Peperiksaan bukan semata mata mengukur atau menguji kebijaksanaan kamu tetapi
sebenarnya peperiksaan mengukur atau menguji tahap disiplin dan sikap kamu terhadap
pembelajaran. Betulkan sikap kamu di saat akhir ini saya percaya kamu boleh berjaya.
Saya doakan kamu semua berjaya dalam peperiksaan yang bakal kamu hadapi.
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan