Pengajaran Guru Mesti Menarik

Semua murid memerlukan pengajaran yang mampu menarik minat mereka untuk belajar.  Pengajaran yang menarik dari seorang guru akan menyebabkan mereka akan fokus untuk belajar.  Pengajaran yang menarik akan menjadikan minda mereka terangsang untuk belajar.  Pengajaran yang menarik akan lebih menyeronokkan. 
Seorang guru mesti berfungsi sebagaimana seorang tukang kebun (gardener) menguruskan kebunnya dan bukannya seperti mana seorang peladang (farmer) menguruskan ladangnya.   Seorang tukang kebun mempunyai banyak jenis tanaman dalm kebunyya dimana setiap tanaman mempunyai baja tersendiri, mempunyai musuhnya tersendiri, kuantiti air yang diperlukan berbeza, jenis baja dan kuantiti baja yang tidak sama, kadar pembesaran mereka juga berbeza malahan tempoh tuaiannya juga berbeza. Ini bermakna setiap tanaman dalam kebun itu mempunyai cara berbeza untuk dijaga dan dibesarkan.
Tidak seperti peladang yang menjaga ladang dimana seorang peladang akan menanam satu jenis tanaman sahaja dan semua tanaman itu perlukan baja yang sama, musuhnya juga sama, tempoh tuaiannya juga sama.
Untuk itu guru semestinya merancang pengajaran mereka supaya mampu menarik minat murid yang pelbagai tadi seperti mana tanaman dalam kebun tadi agar minda murid ini akan lebih fokus kepada pembelajaran.  Jadikanlah pengajaran guru agar mempunyai unsur-unsur kucindan, bersifat simpati dan empati, menggunakan ICT, ada kepelbagaian pendekatan agar memberikan kesan kepada pembelajaran.  Kesemua ini mesti disertakan dengan sifat penyayang tetapi tegas seorang guru. 
Jika ini berlaku pengajaran guru akan sangat memberi kesan dalam jiwa seorang murid dan akan dikenang sepanjang masa. 
Kepada semua guru, marilah sama-sama kita bekerja menggalas amanah ini mudah-mudahan ALLAH akan membalas segala usaha kita ini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nasihat Untuk Pelajar

Budaya Berprestasi Tinggi

Salam Kemerdekaan ke 57