Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Pengajaran Guru Mesti Menarik

Semua murid memerlukan pengajaran yang mampu menarik minat mereka untuk belajar.  Pengajaran yang menarik dari seorang guru akan menyebabkan mereka akan fokus untuk belajar.  Pengajaran yang menarik akan menjadikan minda mereka terangsang untuk belajar.  Pengajaran yang menarik akan lebih menyeronokkan.  Seorang guru mesti berfungsi sebagaimana seorang tukang kebun (gardener) menguruskan kebunnya dan bukannya seperti mana seorang peladang (farmer) menguruskan ladangnya.   Seorang tukang kebun mempunyai banyak jenis tanaman dalm kebunyya dimana setiap tanaman mempunyai baja tersendiri, mempunyai musuhnya tersendiri, kuantiti air yang diperlukan berbeza, jenis baja dan kuantiti baja yang tidak sama, kadar pembesaran mereka juga berbeza malahan tempoh tuaiannya juga berbeza. Ini bermakna setiap tanaman dalam kebun itu mempunyai cara berbeza untuk dijaga dan dibesarkan. Tidak seperti peladang yang menjaga ladang dimana seorang peladang akan menanam satu jenis tanaman sahaja dan semua tan