Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Selamat tahun baru 2018.  Tahun 2017 telah pun kita tinggalkan.  Jika kita mampu mendaki gunung setinggi manapun, mahu pun jika kita berjaya menaiki bangunan setinggi mana pun, malah jika kita punyai roket yang terbang setinggi langit pun, apabila kita menoleh ke belakang untuk melihat tahun “semalam” tahun 2017, pasti tidak akan kelihatan.  Tahun semalam telah terlalu jauh kita tinggalkan. Untuk itu jadikan 2017 sebagai satu sejarah yang akan menjadi teladan dan sempadan bagi mengharungi 2018.  Mari kita buka lembaran baru untuk 2018.  Ayuh rakan-rakan guru, mari kita hadapi 2018 dengan satu semangat dan tekad untuk berbakti pada nusa dan bangsa.